Pengalaman bersalin di Hospital Salam.
Di mana patut I mula ya? I dah 38 minggu mengandung..dengan
sakit contraction yang banyak, bukaan dah 4 cm, tanda pun dah turun..tapi…baby
masih degil duduk dalam. Mungkin memang dia belum ready nak keluar pun. Right
after Subuh, tiba-tiba rasa contraction yang extra kuat dari sebelum – sebelum ni.
Terus kiss my firstborn and siap-siap pack. Sampai di Salam, nurse-nurse check
contraction guna CTG and memang cakap tengah kuat and bukaan pun dah 5 cm.
Nurse cakap “Ok awak bolehla makan apa-apa sebelum bersalin ya” and I minta my
husband belikan Maggie goring and teh ais haha! Nurse terkejut lepas tu cakap
janganla makan berat sangat nanti muntah tapi I makan juga .
Tapi ada dua tiga benda yang buat I terkilan. I masuk-masuk
je pesan pada nurse and Doktor yang I memang tanak induce, taknak pecahkan
ketuban (sakit), nak baby tu keluar secara natural. Naif kan?
Right after check bukaan, nurse terus induce tanpa cakap
apa-apa. Tak lama lepas tu, datang lagi untuk pecahkan air ketuban which was
really painful. Dalam hati I asik fikir I should have waited.
Siapa suruh admit cepat sangat?
Lepas tu progress was really slow, after a while I minta
Epidural sebab I memang takut dengan sakit bersalin haha biaq pi la ade orang
cakap tak rasa nikmat bersalin, sebab kali ni walaupun ambik epidural, I rasa
dari perut ke bawah semua contraction and sakit bersalin I rasa T_T Epidural tu
tak jalan sangat tapi kaki I tak rasa apa. Camana tu? Memang rezeki
masing-masing kan. Induce pukul 9 am., pukul 1 masih takda progress. Fikri dah
pergi Solat Jumaat time tu so I call dia nangis-nangis and text cakap if takde
progress lagi kene czer, I pun minta die cepat balik to make me feel better.
Nangis teruk dekat labor room dan minta nurse and doctor tangguhkan dan beri
saya masa lebih sikit sebab SAYA TAKNAK CZER!! Pukul 2 pm fikri bergegas masuk
dan pegang tangan I, bisik and urut perut untuk kejut that sleepyhead dalam
perut suruh keluar cepat. Tiba-tiba contraction start rasa balik, makin kuat,
makin kuat, sakit sangat so nurse bagi I gas. Terlebih sedut pulak tiba-tiba I
macam blackout and rasa semua funny-funny. I ketawa kuat-kuat and I felt so
happy, contraction semua hilang. I heard the doc cakap “tadi sedih-sedih,
tiba-tiba ketawa pulak” and then I came to my sense and sambung push balik.
Push push push baby pun keluar! Alhamdulillah, Aminah Fahima was born at 2.50
pm on a Friday evening.
Drama belum habis lagi, masa Doktor Asma’ jahit, dia
bagitahu I ada varicose vein down there jadi salur darah macam bengkak , so
bila salur darah tu pecah banyak darah keluar dan tempat tu macam bengkak.
Nurse yang hantar I ke bilik tak friendly, siap suruh I angkat kaki sendiri
padahal kaki tak rasa apa due to epidural. Anyway, beberapa jam lepas tu
tiba-tiba rasa nak ke toilet. Fik tengah pandang tempat lain, so I bangun je
dari katil and terus jatuh flat on the floor, jatuh atas punggung. Memang tak
rasa sakit sebab kesan epidural lagi tapi something was not right. Fik panggil
nurse and both angkat I letak di katil balik. Beberapa jam lepas tu, nurse and
doctor check and cakap I ada hematoma so terus I kena surgery malam tu jugak,
my husband was uninformed, langsung. Tak diberitahu apa-apa. Yang tahu hanya I
kena surgery sahaja. Dalam fikiran ingat Ali, baby. Rindu yang
sangat-sangat. Dalam pukul 11 pm I di
bawa masuk bilik, dan dapat jumpa Aminah. Rindu sangat.
Nurse yang masuk bilik Nampak pinggan mangkuk yang pecah
sebab I jatuh tadi terus cakap “Ni nanti saya masukkan dalam bil ya!”
WOW OK.
So konklusinya, haha saya tanak bersalin di Salam lagi ya.
Lain sangat situasi and suasana dari saya bersalin anak pertama 3 tahun
lepas. Nurse-nurse tak mesra alam, doctor
yang banyak merahsiakan dan tak ikut cakap.
Serik sangat. Apa-apa banyak I belajar dari semua ni. Yang
penting..lebih baik tunggu sakit yang betul-betul baru pergi ke hospital sebab
lagi kurang masa kita spend di hospital, lagi happy lepas bersalin.
No comments:
Post a Comment